Terkini

Ikut sedap mulut, Azwan Ali carut peminat dengan perkataan ‘sial’, ‘bab*’

Ikut sedap mulut, Azwan Ali carut peminat panggil ‘sial’, ‘bab*’. INSAN yang bernama Azwan Ali dan kontroversi sememangnya berpisah tiada. Malah, makian dan cacian ibaratkan sudah menjadi sebati dalam hidup selebriti yang menggelarkan dirinya Diva AA ini.


Azwan Ali carut peminat panggil ‘sial’, ‘bab*’
Ikut sedap mulut, Azwan Ali carut peminat panggil ‘sial’, ‘bab*’
Senang cakap, makin tua, makin menjadi-jadi perangainya hinggakan semua orang dilihat ada sahaja tidak kena di matanya.

Lihat sahaja, cara Azwan melayan peminatnya ketika isu Restoran Menate yang hangat diperkatakan pada bulan Ramadan lalu.


Sedangkan, itu hanyalah satu salah faham yang sepatutnya tidak diperbesar-besarkan.

Bagaikan tidak mahu bertaubat lagi, Azwan terus-menerus lantang bersuara mengeluarkan kata-kata kasar dan carutan kepada peminat-peminatnya.

Paling terbaharu, mengelar peminatnya sebagai #Bapokpalingtersial dan muka bab*.

Alahai, mengucap panjang jadinya melihat kelakuan Azwan yang semakin menjadi-jadi dan tidak seiring dengan ibadah yang dilakukan iaitu telah mengerjakan umrah sebanyak lapan kali.

Azwan Ali carut peminat dengan perkataan ‘sial’, ‘bab*’
Azwan Ali carut peminat panggil ‘sial’, ‘bab*’

Barangkali, Azwan berkata sebegitu ekoran tidak berpuas hati terhadap peminatnya, namun sebagai umat Islam rasanya tidak molek untuk kita menghina seseorang.

Apatah lagi, manusia adalah seindah-indah ciptaan Allah SWT.


No comments