Isteri rebah pengsan, selepas terkejut melihat suami dengan wanita lain

Kasihan sungguh seorang wanita dari Kuwait ini. Dia dilaporkan pengsan dan rebah kerana terkejut selepas melihat suaminya keluar bersama seorang wanita lain di sebuah pusat beli belah di sana.


Isteri rebah pengsan, selepas terkejut melihat suami dengan wanita lain
Isteri rebah pengsan, selepas terkejut melihat suami dengan wanita lain
Yang si suami pulak terkejut bila terserempak dengan isterinya. Tak tahulah kerana malu atau apa, si suami bukan sahaja telah melarikan diri meninggalkan isterinya yang rebah begitu sahaja malah juga meninggalkan Kuwait.

Isterinya kemudian tekah dirawat oleh pasukan perubatan pusat beli belah itu. Kejadian itu menjadi viral di media social di Kuwait.


Ramai pengguna media sosial berkata reaksi si suami itu lebih teruk daripada tindakannya menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.

Sementara itu seorang wanita ketika diminta mengulas tentang kejadian itu berkata, si isteri sepatutnya bersyukur kerana akhirnya sudah mengetahui siapa sebenar suaminya.

“Isteri itu berhak memperoleh suami lebih baik dan lelaki sejati, bukan pengecut seperti itu,” tulis wanita itu.


No comments