Terkini


“Jangan Terkejut Kalau Saya Kahwin Dengan Nedim” - Nora Danish

Tidak mahu menyembunyikan sesuatu mengenai status hubungan mereka, Nora Danish menjelaskan ketika ini hubungan cintanya bersama duda, Nedim Nazri adalah sesuatu yang sangat rumit namun dalam masa yang sama menyatakan mereka mungkin akan berkahwin.


“Jangan Terkejut Kalau Saya Kahwin Dengan Nedim” - Nora Danish
“Sebenarnya situasi kami sangat rumit ketika menjalinkan hubungan cinta dan sebab itu kami mengambil.keputusan untuk berpisah bagi menyelesaikan beberapa masalah. Jujurnya kami memang berkawan dan Alhamdulillah sudah 80 peratus masalah sudah diselesaikan”


“Selepas satu demi satu dapat diselesaikan, situasi hubungan kami berbeza walaupun status kami hanya kawan. Bagaimanapun saya harap orang ramai jangan terkejut sekiranya kami membuat keputusan untuk berkahwin,” jelasnya kepada mStar Online. Boleh tahan juga rumit cinta mereka ini dan penuh kejutan sekali.

Baca: Khabarnya Nora Danish dan Nedim bercinta semula? Apa kata Nora?

Selain itu Nora turut menjelaskan gambar mereka bersama ketika di Bali adalah kerana mereka menghadiri majlis hari jadi teman mereka. Kata Nora, kawan-kawan Nedim pun adalah kawan dia juga. Okay Nora, okay.

Nora Danish dan Nedim
Nora Danish dan Nedim Nazri
“Memang kami ke Bali. Kawan-kawan saya ialah kawan-kawan Nedim juga. Sebab itu kami bercuti semula. Dan kebetulan saya berjumpa dengan Bunga dan teruja mahu bergambar dengannya.

Ashraf pula bergambar dengan Nedim. Perkara itu buatkan orang ingat kami berdrama pula. Sedangkan kami memang sudah berpisah,” jelasnya. (rtky/s)


No comments