Header Ads

  • Terkini

    Sayu!. Jenazah Muhammad Firdaus, remaja OKU selamat dikebumikan

    Seremban – Jenazah remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 16 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Hj. Mohd. Said di sini sebentar tadi.


    Jenazah Firdaus, Remaja OKU selamat dikebumikan
    Jenazah Firdaus, Remaja OKU selamat dikebumikan
    Jenazah remaja itu tiba di tanah perkuburan berkenaan pada pukul 1.20 petang selepas disembahyangkan di Masjid Negeri di sini.

    Ibu arwah, Lolanopita Sadi, 41, kelihatan sugul dan mula mengalirkan air mata sebaik sahaja jenazah Muhammad Firdaus dimasukkan ke dalam liang lahad.


    Kira-kira 100 orang termasuk kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hadir pada upacara pengebumian tersebut.

    Jenazah Firdaus
    Jenazah Firdaus
    Terdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menyertai solat jenazah bersama Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Zulkefli Ramli dan Pengarah JKM Negeri, Mohamad Hapil.


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad