Header Ads

  • Terkini

    JEREBU: Pengumunan Mengenai Senarai Sekolah Cuti Esok 22.10.2015

    Keadaan berjerebu di beberapa negeri Semenanjung dan bahagian di negeri Sarawak pada Rabu, 21 Oktober 2015 belum menunjukkan tanda-tanda akan reda selain berada pada paras tidak sihat.


    CUTI JEREBU
    JEREBU: Pengumunan Mengenai Senarai Sekolah Cuti Esok 22.10.2015
    Malah kualiti udara di kawasan Shah Alam di negeri Selangor berada pada sangat tidak sihat (201-300) menurut rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di portal rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia setakat jam 5 petang.

    Berikutan daripada keadaan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dijangka akan membuat pengumuman bagi memaklumkan sekolah di negeri, daerah atau bahagian kawasan dilanda jerebu yang perlu ditutup esok (22 Oktober 2015, Khamis) bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar.


    InsyaAllah kami akan mengemaskini senarai negeri/ bahagian/ kawasan yang terlibat dengan penutupan sekolah esok, sebaik sahaja perkara ini diumumkan oleh KPM.

    Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan media pada petang Rabu telah memaklumkan bahawa sekolah di negeri dan daerah/ bahagian yang dinyatakan seperti dibawah perlu ditutup dan pelajar diberi cuti sehari pada Khamis 22 Oktober 2015

    Penutupan Sekolah Pada 22.10.2015 Akibat Jerebu Penutupan sekolah di seluruh kawasan / daerah (negeri) adalah seperti berikut:

    • Negeri Sembilan
    • Selangor
    • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
    • Perak
    • Pulau Pinang
    • Kedah
    • Perlis

    Penutupan sekolah melibatkan beberapa daerah / bahagian sahaja adalah seperti berikut:

    • Pahang – Penutupan sekolah hanya membabitkan daerah di Bentong
    • Sarawak – Penutupan sekolah hanya membabitkan bahagian di Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong
    KENYATAAN MEDIA KPM
    KENYATAAN MEDIA KPM CUTI SEKOLAH JEREBU PADA 22-10-2015


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad