JEREBU: Senarai Negeri / Daerah Sekolah Cuti Pada Esok 23 Okt 2015

Keadaan berjerebu di beberapa negeri semenanjung pada Khamis, 22 Oktober 2015 belum menunjukkan tanda-tanda akan reda dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada paras tidak sihat.


Senarai Negeri / Daerah Sekolah Cuti Pada Esok 23 Okt 2015
Malah kualiti udara di negeri utara semenanjung, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mencecah ke paras sangat tidak sihat (201-300) menurut rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di portal rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia setakat jam 5 petang.


Susulan daripada keadaan jerebu yang berterusan melanda negara, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat pengumuman bagi memaklumkan sekolah di negeri, daerah atau bahagian kawasan dilanda jerebu teruk yang perlu ditutup esok (23 Oktober 2015, Jumaat) bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid tidak terjejas.

SENARAI NEGERI PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU 

Bagi memberikan maklumat terkini dan tepat, InsyaAllah kami akan mengemaskini senarai negeri/ bahagian/ kawasan yang terlibat dengan penutupan sekolah esok, sebaik sahaja perkara ini diumumkan oleh KPM jam 5.39 petang.



Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan media pada petang Khamis telah memaklumkan bahawa sekolah di negeri dinyatakan seperti dibawah perlu ditutup dan pelajar diberi cuti sehari pada Jumaat 23 Oktober 2015

Penutupan Sekolah Pada 23.10.2015 Akibat Jerebu 
Penutupan sekolah di seluruh kawasan / daerah (negeri) adalah seperti berikut
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak 

Menerusi kenyataan media yang sama, KPM turut memaklumkan sekolah di negeri dan kawasan / bahagian / daerah yang ditutup pada Khamis (22 Oktober 2015) perlu dibuka semula sesi persekolahan hari esok (Jumaat, 23.10.2015).

Negeri sekolah yang ditutup hari ini perlu dibuka semula esok adalah seperti berikut.
Pembukaan Sekolah

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
  • Negeri Sembilan
  • Selangor
  • Pahang – Betong
  • Sarawak – Bahagian di Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong

LAMPIRAN KENYATAAN RASMI MEDIA KPM

Siaran Media KPM, Cuti Sekolah Akibat Jerebu Pada 23 Oktober, 2015
Siaran Media KPM, Cuti Sekolah Akibat Jerebu Pada 23 Oktober, 2015


No comments