Terkini

Jika Tuhan tentukan jodoh saya dengan Kamal, saya terima – Emma

Kemesraan serta keakraban Emma Maembong dan Kamal Adli tidak perlu diperkatakan lagi, semua orang jelas melihat mereka berdua ini cukup gembira bersama. Namun, sehingga kini mereka masih enggan meletakkan sebarang status istimewa terhadap hubungan mereka.


Emma Maembong, Kamal Adli
Jika Tuhan tentukan jodoh saya dengan Kamal, saya terima – Emma Maembong
Walaubagaimanapun, jelas Emma beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga kerana kariernya sudah semakin kukuh dan tidak mahu lagi terlibat dengan percintaan yang boleh di ibaratkan sebagai cinta monyet.

Malah, Emma tidak menolak jika takdir sudah menentukan jodoh beliau bersama Kamal.


Sejak dahulu lagi, saya sering mengatakan bahawa saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Rasa itu hadir mungkin disebabkan saya sudah mempunyai karier yang stabil dan tidak mahu berlengah-lengah dengan cinta monyet.

Emma Maembong, Kamal Adli

Jika dia (Kamal) merupakan jodoh yang telah ditentukan Tuhan, saya menerima dengan hati yang terbuka. Namun, jika sebaliknya, saya tidak akan menutup hati untuk bercinta lagi.

Emma Maembong, Kamal Adli

Pengalaman cinta yang agak menyakitkan pada masa lalu mungkin mengajar Emma Maembong untuk lebih matang dalam perhubungan dan tidak tergesa-gesa membuat keputusan. Tak apa, kalau ada jodoh tidak kemana.

Sumber Berita: Kosmo!

No comments