Terkini


“Kenapa pandang serong gadis hisap vape? Kami tak buat jenayah pun”

“Kami tidak buat salah, tidak buat jenayah, mengapa pandang serong terhadap gadis yang menghisap vape (rokok elektronik)?” luah gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, 28.


 gadis hisap vape
“Kenapa pandang serong wanita hisap vape? Kami tak buat jenayah pun”
Wati berkata, kaum lelaki yang menghisap vape dipandang biasa, namun apabila kaum wanita membuat perkara sama ia seolah-olah melakukan jenayah atau mencemarkan imej.


“Persepsi ini tidak adil bagi kami kerana kami juga berhak melakukan perkara yang diminati,” katanya pada Festival Vape di Shah Alam Convention Centre (SACC), di sini, semalam.

 gadis hisap vape

Festival itu bertujuan mengumpul dana sebanyak mungkin untuk disalurkan kepada anak yatim serta rakyat Palestin di Tebing Gaza.

Wati yang baru berjinak dengan rokok elektronik sejak beberapa bulan lalu berkata, sebelum ini dia gemar menghisap shisha sebelum bertukar selera kepada vape.-HM (Gambar Sekadar Hiasan)



No comments