Header Ads

  • Terkini

    Kepala Tersepit Celah Dinding, Kanak-kanak Tahan Kesakitan 30 Minit

    Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun terpaksa menahan sakit kira-kira setengah jam apabila kepalanya tersepit di celah dinding rumahnya di Bandar Tasek Kesuma, Semenyih dekat sini, pagi tadi.


    Kepala Tersepit Celah Dinding
    Kanak-kanak Tahan Kesakitan 30 Minit, Kepala Tersepit Celah Dinding
    Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi, mangsa Muhammad Izzul Sufi Zulkifli dikatakan sedang bermain di celah dinding di luar rumahnya dan kemudian gagal mengeluarkan kepalanya.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Khairul Anuar Yaacob berkata lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 8.40 pagi.


    “Kami terpaksa memecahkan sebahagian dinding bagi mengeluarkan kepala mangsa yang tersepit itu.

    “Operasi itu selesai kira-kira pada pukul 9 pagi dan mangsa telah diserahkan kepada ibu bapanya,” katanya ketika dihubungi Bernama.


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad