Terkini

Kerajaan Putuskan Tidak Haramkan Penggunaan Vape Pada Ketika Ini

Kuala Lumpur – Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan rokok elektrik atau vape selepas pelbagai pihak mendesak supaya kajian menyeluruh dibuat sebelum langkah sedemikian mahu diambil.


Kerajaan Putuskan Tidak Haramkan Penggunaan Vape Pada Ketika Ini

Keputusan Kabinet itu dimaklumkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang merupakan salah seorang menteri yang menentang cadangan pengharaman vape menerusi Facebook miliknya.


Baca: Kerajaan akan pertimbang untuk HARAMKAN penggunaan rokok VAPE

“Berita baik untuk penghisap dan peniaga vape. Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape.

Baca: Seramai 300 ribu penghisap VAPE di Malaysia, jumlah semakin meningkat

“Terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda,” katanya.


No comments