Header Ads

  • Terkini

    Kerana Lantang Mengkritik Najib, Konsert Soo Wincci Kehilangan Penaja

    Pada Ogos lalu, penyanyi Soo Wincci telah bersuara lantang dalam satu video yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dengan niat mahu menjadi wakil buat rakyat yang menentang pentadbiran perdana menteri.


    Soo Wincci
    Kerana Lantang Kritik Najib, Konsert Soo Wincci Kehilangan Penaja
    Melalui sumber daripada forum CARI, pihak penaja Konsert Solo Pertamanya telah mengumumkan tarik diri dan menyebabkan konsertnya yang sedang giat dalam persiapan menghadapi masalah kewangan yang kritikal.


    Memetik kembali kata-kata penyanyi ini, dia sendiri menyatakan bahawa sudah bersiap menerima segala risiko di atas apa yang dilakukannya itu.

    Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima. Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu. Andai kata perjalan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapa. Saya akan terus berusaha dalam cara saya yang tersendiri”

    Soo Wincci
    Soo Wincci

    “Apa yang dibuat bukan untuk kesenangan saya, tetapi demi generasi kita pada masa akan datang,” jelasnya kepada mStar Online sebelum ini. (rtky/s)


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad