Terkini

Kereta Mewah Terbakar tiba-tiba ketika sedang dipandu di Shah Alam

Shah Alam: Tindakan pantas pemilik kereta mewah BMW Z4 yang memberhentikan kereta di tepi jalan selepas menyedari kenderaan dipandu berasap sebelum terbakar menyelamatkan dirinya dalam kejadian di Jalan Kristal 7/97, Seksyen 7, di sini, semalam.


Kereta Mewah Terbakar
Kereta Mewah Terbakar tiba-tiba ketika sedang dipandu di Shah Alam
Dalam kejadian jam 2 petang, mangsa yang juga ahli perniagaan berusia 39 tahun terlihat asap keluar daripada bahagian enjin sebelum memasuki ruang dalam kenderaan itu.

Difahamkan, beberapa saat kemudian asap semakin banyak sebelum pemilik kereta berharga RM360,000 itu memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.


Api marak dengan pantas menyebabkan kenderaan itu terbakar.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Mohd Sufi Yunus berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.22 petang dan sepasukan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Kereta Mewah Terbakar

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit untuk memadamkan kebakaran itu.

“Punca kejadian dipercayai akibat litar pintas kerana ketika operasi pemadaman dilakukan, kedengaran bunyi percikan api.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan kebakaran itu memusnahkan kereta berkenaan,” katanya.


No comments