Kes culik budak di Kajang, 3 suspek didakwa pemandu teksi dibebaskan

KUALA LUMPUR: Pemandu teksi yang ditahan bersama tiga suspek lain dalam kes culik kanak-kanak di Sungai Chua Kajang akan dibebaskan.


Kes culik budak di Kajang, 3 suspek didakwa pemandu teksi dibebaskan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, pemandu teksi berusia 41 tahun itu dibebaskan kerana siasatan polis mendapati, dia tiada kaitan dengan kes berkenaan.

“Setakat ini kita (polis) tidak menemui kaitan pemandu teksi itu dengan kes penculikan kanak-kanak tersebut,” lapor Astro AWANI.

Menurut Adnan, pemandu teksi ittu dibebaskan dengan jaminan polis mengikut Seksyen 49 Kanun Tatacara Jenayah.


Manakala tiga suspek lain akan di tuduh di Mahkamah Kajang pada Jumaat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Sebelum ini polis menahan empat suspek termasuk pemandu teksi yang menghantar kanak-kanak berusia 5 tahun itu ke rumahnya dalam tempoh kurang 24 jam kejadian dilaporkan.

Polis turut menemui semula wang tebusan hampir RM300,000 daripada suspek.

Kanak-kanak tersebut diambil daripada ibunya di hadapan pusat jagaan kanak-kanak.

Kes penculikkan kanak-kanak tersebut menjadi viral selepas rakaman kejadian berkenaan tersebar di laman sosial.


No comments