Terkini

Khairuddin, Matthias didakwa cuba sabotaj sistem kewangan negara

Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang yang kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 pagi Isnin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.


Khairuddin dan Matthias
Khairuddin dan Matthias didakwa di mahkamah cuba sabotaj sistem kewangan negara
Kedua mereka didakwa atas tuduhan cubaan melakukan sabotaj terhadap sistem perbankan dan kewangan Negara.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu Pranchis, United Kingdom, Switzerland, Hong Kong dan Singapura Antara 28 Jun dan 26 Ogos tahun ini.


Kes mereka akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Khairuddin ditahan dibawah SOSMA pada 23 September manakala Matthias Chang pula pada 8 Oktober.

Di bawah SOSMA, mereka boleh ditahan tanpa bicara sehingga 28 hari.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini menyifatkan perbuatan mereka membuat laporan kepada agensi di Negara asing mengenai IMDB sebagai satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara.

Beliau menegaskan mereka seharusnya memberi ruang dan peluang kepada agensi-agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan terhadap IMDB.- 12/10/2015


No comments