Terkini

Kurang Wang Untuk BR1M Jika Tidak Naikkan Kadar Tol - Kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib mempertahankan kenaikan kadar tol lebuh raya yang berlaku pada 15 Oktober lalu dengan alasan kerajaan terpaksa mengurangkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika tidak berbuat demikian.


Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini. Beliau mempertahankan rasional kenaikan harga tol yang dinaikkan baru-baru ini memandangkan sumber kewangan kerajaan yang terhad. – Gambar The Malaysian Insider - 
Menurutnya, ini kerana kerajaan mempunyai wang yang terhad dan terpaksa memilih sama ada membayar pampasan kepada operator tol atau menyalurkan wang yang sama kepada rakyat melalui BR1M.

"Anda tak naikkan tol, awak bayar pampasan, kurang wang untuk benda lain, kurang wang untuk BR1M.


"Jadi anda perlu buat keputusan kerana akan selalu ada imbal balik begini kerana dana yang terhad," katanya dalam ucapan pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap gesaan Gerakan agar kerajaan menaikkan jumlah bantuan BR1M dalam Bajet 2016. – 18 Oktober, 2015.


No comments