Terkini


Lelaki ‘gila seks’, cuba cabul murid perempuan tahun 6 di kantin sekolah

Sabak Bernam – Jeritan seorang pekerja kantin sebuah sekolah kebangsaan (SK) di daerah ini menyelamatkan seorang murid tahun enam sekolah berkenaan daripada menjadi mangsa cabul seorang lelaki ‘gila seks’ di sini, awal pagi semalam.


murid perempuan tahun 6
Lelaki ‘gila seks’, cuba cabul murid perempuan tahun 6 di kantin sekolah
Saksi kejadian yang enggan namanya didedahkan berkata, kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu berlaku ketika dia sedang menyusun sudu di kantin sebelum dikejutkan kehadiran seorang lelaki tidak berbaju di kantin sekolah terbabit.

Menurutnya, lelaki berkulit gelap dan berbadan gempal itu kemudiannya menghampiri seorang murid perempuan dan kemudiannya terus bertindak menerkup muka mangsa menggunakan baju yang mungkin dipakainya sebelum ini.


“Saya nampak tiba-tiba seorang lelaki tak dikenali dah berdiri atas kerusi meja makan dan menutup muka murid terbabit. Saya terus jerit sekuat hati sebelum lelaki itu larikan diri ikut pintu belakang sekolah,” katanya.

Saksi memberitahu, kejadian berlaku ketika murid berkenaan sedang mengulang kaji pelajaran bersendirian bagi menghadapi persediaan peperiksaan akhir tahun di meja kantin sekolah berkenaan.

“Murid tu datang ke sekolah, mak dia hantar naik motor. Mak dia pun pekerja kantin di sekolah ni. Sampai kat kantin, dia duduk di meja dan baca buku sekolah.

“Mulanya, saya ada dengar bunyi enjin motor di belakang pagar kantin sekolah ni... mungkin tu motosikal suspek. Tapi saya tak tahu dia masuk sekolah ikut pintu mana. Perbuatan dia tu sangat tak bermoral! Lebih-lebih lagi dia buat perbuatan tak senonoh tu pada murid sekolah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, polis menggerakkan segala elemen bagi mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes cubaan mencabul mangsa.

“Kegiatan ini dilakukan seorang lelaki yang memakai seluar pendek tak berbaju. Suspek masuk ke dalam kawasan kantin sekolah berkenaan kemudiannya bertindak menutup muka dan memeluk mangsa.

“Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini termasuk mengesan suspek terlibat menerusi Kamera Litar Tertutup (CCTV) sekolah yang merakamkan kejadian berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. - Bernama


No comments