Luahan hati bapa arwah Intan Suraya, anak mangsa rogol dan bunuh

Balik Pulau – Keluarga arwah Intan Suraya Mawardi yang maut dikelar di Flat Bandar Baru, Teluk Kumbar, Ahad lalu, mohon orang ramai hentikan segala spekulasi dan hormat perasaan mereka yang masih trauma.


Luahan hati bapa arwah Intan Suraya, anak mangsa rogol dan bunuh
Luahan hati bapa arwah Intan Suraya, anak mangsa rogol dan bunuh
Bapa arwah, Mawardi Abdul Hak, 36, berkata kejadian menimpa anak sulungnya cukup mengejutkan dan memilukan mereka.

Menurutnya, pihaknya berharap semua pihak tidak mengeluarkan sebarang spekulasi buruk yang boleh menimbulkan fitnah dan sehingga keluarganya menjadi trauma apabila terpaksa berdepan semua tanggapan buruk.

Baca: Gempar, Remaja perempuan 17 tahun dibunuh kejam di Teluk Kumbar

“Tolong hormati perasaan kami. Kes berkenaan sudah diserahkan kepada polis dan biar undang-undang menentukannya.


“Kami pasrah dengan apa yang terjadi dan yang penting kematian Intan Suraya akan mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya ketika menerima kunjungan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Yahaya di rumahnya, pagi ini.

Baca: Remaja disyaki bunuh Intan Suraya Mawardi ditahan direman 7 hari


Sementara itu, Dr Hilmi berkata, keluarga arwah bakal menjalani rawatan kaunseling dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan keluarga mangsa untuk mendapatkan rawatan berkenaan berikutan mereka kini masih lagi dalam keadaan trauma.

Baca: Kes Kelar Remaja Perempuan, Suspek berlakon sedih, TAK MENJADI

Beliau berkata, bukan mudah untuk melalui peristiwa kehilangan anak perempuan kesayangan yang masih bersekolah dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu depan, lapor Harian Metro.


No comments