Masalah Jerebu akan berterusan hingga awal tahun depan - kata Pakar

Asap jerebu yang sedang melanda di seluruh Asia Tenggara, berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia, tidak mungkin berakhir tahun ini malah dijangka berterusan hingga tahun depan, menurut pakar Pusat Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa.


Masalah Jerebu akan berterusan hingga awal tahun depan - kata Pakar
Masalah Jerebu akan berterusan hingga awal tahun depan - kata Pakar
Indonesia kini ditekan negara-negara jiran yang mendesak tindakan diambil berhubung krisis jerebu akibat amalan pembakaran hutan besar-besaran oleh peladang secara haram, yang sebahagian besarnya berlaku di Sumatera dan Kalimantan.

Pakar dari negara itu, Herry Purnomo berkata, kegagalan Indonesia memadamkan api menyebabkan bilangan tompok panas semakin meningkat di bahagian timur negara itu dan krisis jerebu akan berlarutan hingga 2016.


"Mungkin berakhir Disember atau Januari," kata Herry yang turut memberitahu, kawasan titik panas kini sampai ke Papua, di mana kebiasaannya tidak berlaku pembakaran besar-besaran.

"Ini kerana, orang membuka kawasan pertanian baru, seperti kelapa sawit," katanya. – TMI/Reuters, 19 Oktober, 2015.


No comments