Header Ads

  • Terkini

    Mesin ATM Ambank hancur diletupkan perompak dengan bom paip

    Melaka: Mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank di Ayer Keroh Heights, di sini diletupkan penjenayah, 2.10 pagi tadi. Menurut sumber, dipercayai lebih daripada tiga penjenayah terbabit dalam rompakan bank itu, menggunakan bahan letupan buatan sendiri.


    Mesin ATM Ambank
    Mesin ATM Ambank hancur diletupkan perompak dengan bom paip
    Difahamkan, penjenayah memakai topeng muka dan menaiki kereta Mercedes Benz putih.

    Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, penjenayah melarikan sejumlah wang dengan melarikan laci mesin ATM terbabit.


    Begitupun, difahamkan sebutir bom buatan sendiri aktif (bom paip) masih belum meletup ditinggalkan dalam ruangan mesin pengeluaran wang terbabit.




    Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Bukit Aman menggunakan robot pemusnah bom untuk memusnahkan bom paip terbabit pada 10.25 pagi tadi. -myMetro



    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad