Header Ads

  • Terkini

    MH17 : Misil dalam laporan adalah misil jenis lama - Duta Besar Rusia

    Duta Besar Rusia di Malaysia, Valery N Yermolov dengan sekeras-kerasnya menyatakan Rusia tidak lagi memilik misil yang menggunakan kepala peledak 9N314M sejak misil terbabit dihentikan penggunaannya pada tahun 2011.


    Duta Besar Rusia
    MH17 : Misil dalam laporan adalah misil jenis lama - Duta Besar Rusia
    Sebelum ini, Lembaga Keselamatan Belanda melaporkan pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada Julai 2014 ditembak menggunakan misil buatan Rusia.

    "Misil Rusia hanya mengandungi bentuk serpihan jenis parallelepiped.

    "Serpihan yang ditemui di dalam pesawat itu adalah jenis yang digunakan oleh pihak pemberontak di kawasan konflik," kata Yermolov memetik laporan dari mStar Online.

    BUK Missile System
    BUK Missile System

    Tambah beliau juga, serpihan misil yang menjatuhkan MH17 adalah jenis yang lama. Yermolov berkata misil tersebut dibuat pada tahun 1986 ketika peperangan dengan tentera Kesatuan Soviet dan mempunyai jaminan selama 25 tahun.

    Jelas beliau juga, banyak negara lain (negara bekas kesatuan soviet) seperti Greece mempunyai misil Buk yang sama.

    "Ini bermakna misil Buk jenis itu bukan sahaja dimiliki Rusia, tetapi juga bekas negara Kesatuan Soviet," katanya.


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad