Terkini


Nak merayu apa lagi? Memang wajar dikekal hukuman hina Sultan Johor

Inilah akibatnya, tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu. Otak letak kat lutut!.. Menghina Sutan Johor di Facebook. Terimalah padahnya. Mahkamah Rayuan di sini semalam mengekalkan sabitan dan denda RM20,000 terhadap seorang juruukur bahan berkaitan pertuduhan menulis komen menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook pada 2012.


Nak merayu apa lagi? Memang wajar dikekal hukuman hina Sultan Johor
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Wira Mohtarudin Baki sebulat suara menolak rayuan Ahmad Abdul Jalil terhadap sabitan dan denda RM20,000 selepas memutuskan bahawa rayuannya tidak mempunyai merit.


Hakim itu berkata tiada sebab untuk mengganggu keputusan hakim Mahkamah Sesyen yang dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi. Beliau berkata sabitan terhadap Ahmad adalah kukuh.

Mohtarudin berkata kesalahan yang dilakukan Ahmad adalah serius, bagaimanapun pendakwaan tidak merayu berkaitan denda.

Beliau berkata keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi untuk mengenakan denda ke atas Ahmad dikekalkan, bertujuan menghantar mesej kepada masyarakat tentang betapa seriusnya kesalahan itu.

Turut bersidang bersama Mohtarudin dalam panel itu ialah Hakim-Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Ahmadi Asnawi.

Ahmad didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di Johor Bahru pada 29 Okt 2013 terhadap pertuduhan pertama iaitu menulis dan menghantar komen dengan niat menghina institusi diraja Kesultanan Johor dalam akaun Facebook menggunakan nama profil 'Zul Yahya' pada 10 Okt 2012.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabatnya di Jalan Wangsa Delima 11 di Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kira-kira 6 petang pada 10 Okt 2012.

Mahkamah Sesyen kemudian menjatuhi hukuman denda RM20,000 atau penjara enam bulan, Dia membayar denda itu.

Ahmad didakwa dengan dua pertuduhan melakukan kesalahan itu di Mahkamah Sesyen tetapi dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan kedua tanpa dipanggil membela diri. Dia diperintahkan membela diri terhadap pertuduhan pertama dan didapat bersalah dan didenda.

Menurut pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat sama pada 12 Okt 2012.
Pada 27 Okt tahun lepas, rayuan Ahmad ditolak oleh Mahkamah Tinggi di Johor Bahru.

Ahmad diwakili peguam Mohd Radzlan Jalaludin dan Iylia Iqbal Ibrahim manakala Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud hadir bagi pihak pendakwaan. - AwaniNews


No comments