Operasi Mencari Kanak² Orang Asli, Satu lagi rangka manusia ditemui

Gua Musang – Satu lagi rangka manusia dipercayai milik kanak-kanak Orang Asli yang hilang ditemui 10 meter dari lokasi mangsa yang ditemui semalam, kata Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah.


Satu lagi rangka manusia dipercayai milik kanak-kanak Orang Asli yang hilang ditemui 10 meter dari lokasi mangsa yang ditemui semalam
Pada 23 Ogos lalu, tujuh kanak-kanak Orang Asli berusia antara 7 dan 11 tahun dari Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, melarikan diri dari asrama sekolah itu kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Baca: Misteri!.. kehilangan 7 murid Orang Asli SK Tohoi masih belum ditemui


Selepas 48 hari, dua ditemui selamat di tebing Sungai Perias manakala empat sudah meninggal dunia.

Tengahari semalam, dua kanak-kanak perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang hilang sejak Ogos lepas dan ditemui selamat dijumpai di bawah akar pokok besar yang bergayutan di tebing Sungai Perias di Gua Musang.

No comments