Header Ads

  • Terkini

    Pelancong remaja OKU Malaysia yang hilang ditemui selamat di Perth

    Melbourne – Seorang remaja orang kurang upaya dari Malaysia yang dilaporkan hilang pada Isnin semasa melawat Perth ditemukan dalam keadaan selamat.


    Pelancong remaja OKU Malaysia yang hilang ditemui selamat di Perth
    Pelancong remaja OKU Malaysia yang hilang ditemui selamat di Perth
    Polis menemukan Lee Guang Yam Lee, 15, pada kira-kira 1.50 pagi pada Rabu, di kawasan pinggir bandar Leederville di Perth, menurut laporan Perth Now.


    Tidak diketahui bagaimana Lee bergerak dari Wilson, tempat remaja itu berada pada awalnya, ke Leederville di bahagian lain bandar raya itu.

    Keluarga remaja itu berkata anak mereka telah mengetuk pintu rumah-rumah di situ tetapi tidak menerima sebarang respons. Remaja itu kemudian memutuskan untuk tidur di kaki lima kedai yang diterangi cahaya lampu.

    Remaja itu kemudiannya ditemukan oleh seorang pengawal keselamatan yang memaklumkan kepada polis.


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad