Header Ads

  • Terkini

    Pemandu Bot Pelancong parah ditetak 3 lelaki di Kuala Besut (4 Foto)

    Seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu bot pelancong di Pulau Perhentian cedera parah apabila telah ditetak berkali-kali oleh sekumpulan tiga lelaki bertopeng ketika mangsa sedang berada di kedai gunting di Kampung Pachakan dekat Kuala Besut, di sini, petang kelmarin.


    Pemandu Bot Pelancong Parah Ditetak di Kuala Besut
    Pemandu Bot Pelancong Parah Ditetak di Kuala Besut
    Memetik laporan Sinar Harian, kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang berumur 23 tahun ditetak dengan menggunakan pedang oleh suspek terbabit.

    Ketua Polis Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang rakannya berusia 21 tahun berada di dalam sebuah kedai gunting apabila tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam berhenti di hadapan kedai.


    Menurut Khaled, lelaki yang bertopeng berkenaan telah menyerbu masuk ke dalam kedai gunting tersebut.

    “Rakan mangsa yang ketakutan selepas melihat kehadiran suspek terus bersembunyi di bawah kerusi manakala mangsa melarikan diri melalui belakang kedai.”





    “Mangsa yang cuba melarikan diri telah dikejar oleh suspek sebelum ditetak berkali-kali menyebabkan mangsa cedera parah sebelum beredar meninggalkan mangsa,” katanya.

    Khaled berkata, mangsa mengalami kecederaan parah apabila mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri serta kepala, lengan, tangan, ibu jari, buku lali dan betis sebelah kanan,

    “Mangsa telah dikejarkan dengan ambulan ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut,” katanya lagi.

    Khaled berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad