Terkini

Pemandu dan Penumpang Perodua MYVI Parah Tersepit Kemalangan

Seberang Perai – Pemandu dan penumpang sebuah kereta Perodua Myvi dilaporkan cedera akibat tersepit dalam kejadian kemalangan membabitkan sebuah bas dan dua buah kereta berdekatan Plaza Tol Juru di sini sebentar tadi.

Pemandu dan Penumpang Perodua MYVI Parah Tersepit Kemalangan
Pemandu dan Penumpang Perodua MYVI Parah Tersepit Kemalangan
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Perai berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.59 petang dan tiba di lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian.

“Sampai di tempat kejadian didapati benar terdapat kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah bas dan dua buah kereta.


“Terdapat dua mangsa cedera parah yang tersepit iaitu pemandu dan penumpang kereta Myvi. Ketika ini, kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!


No comments