Pemandu Porsche, motosikal maut dalam kemalangan di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu kereta Porsche maut dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 2.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini pagi tadi.

Add caption

Kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi sewaktu hujan lebat itu turut mengorbankan seorang penunggang motosikal.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Jasni Saidin, berkata pemandu kereta Porsche dikenali sebagai Lim Foo Yong, 39 dari Taman Molek di sini, manakala penunggang motosikal ialah Amerul Fadzly Abdul Halim, 32 dari Kangar, Perlis.


Jasni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 6.22 pagi dan menghantar sebuah jentera bersama enam keanggotaan ke tempat kejadian.

Apabila tiba di lokasi, mayat Lim, katanya tersepit di bawah tempat duduk pemandu manakala Amerul terlantar di atas jalan raya.




Kedua-duanya kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk tindakan lanjut.



No comments