Pemandu Teksi Sakit Jiwa Rempuh Pengawal di Pintu Pagar Hospital

RENTETAN kejadian seorang pemandu teksi memandu secara berbahaya dan melanggar seorang pengawal di pintu Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Isnin lalu, suspek disahkan mengalami masalah tekanan jiwa dan merupakan seorang pesakit psikiatri.


Pemandu Teksi Sakit Jiwa Rempuh Pengawal di Pintu Pagar Hospital
Pemandu Teksi Sakit Jiwa Rempuh Pengawal di Pintu Pagar Hospital
Hal itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supritendan Roy Suhaimi Sarif“Video yang dipaparkan dalam media sosial itu adalah kejadian yang berlaku minggu lalu dan suspek sudah didakwa di mahkamah.

“Pemeriksaan mendapati, suspek mempunyai masalah tekanan jiwa dan merupakan pesakit psikiatri serta menerima rawatan pada 5 Oktober lalu,” katanya dalam satu sidang media.

S Ganesan, 44, sebelum ini mengaku tidak bersalah di atas tuduhan melakukan cubaan bunuh penjaga pintu terbabit, Mohd Azahari Yusoff dengan menggunakan teksi.


Azahari cedera di lengan kanan dalam kejadian.

Pemandu teksi terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di Pintu Utama Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada jam 8.45 pagi, Isnin lalu.

Ganesan berhadapan dengan hukuman penjara 20 tahun jika disabitkan kesalahan.


No comments