Letupkan mesin ATM AmBank Ayer Keroh, lebih RM100 ribu dilarikan

MELAKA – Sekumpulan pe­rompak bertindak nekad apabila meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan bom paip buatan sendiri di AmBank Ayer Keroh Heights di sini.


ATM AmBank Ayer Keroh
Perompak yang meletupkan mesin ATM AmBank Ayer Keroh, berjaya melarikan lebih RM100 ribu.
Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, kumpulan penjenayah yang dipercayai pakar dalam bidang ledakan bom hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk mengebom salah satu daripada empat buah ATM di bank berkenaan.

Baca: Mesin ATM Ambank hancur diletupkan perompak dengan bom paip


Kumpulan penjenayah yang didalangi lebih daripada dua individu itu dipercayai melarikan wang tunai lebih RM100,000.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, perompak tersebut dipercayai memasang bom paip atau dikenali sebagai improvised explosive device de­ngan menyalurkannya ke dalam sebuah lubang iaitu tempat duit dikeluarkan.

“Hasil siasatan awal mendapati, bom paip yang digunakan kumpulan penjenayah ini merupakan bom berkuasa rendah dihasilkan daripada mercun yang menggunakan satu sumbu.

“Kesemua mereka mengambil masa kurang daripada 10 minit untuk meletup dan melarikan wang daripada mesin ATM ter­babit,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.


No comments