Pesawat Airbus A321 #7K9268 Rusia bawa 217 penumpang, 7 anak kapal Terhempas

Sebuah pesawat penumpang milik Rusia dalam penerbangan dari Sharm El-Sheikh, Mesir ke St Petersburg dilaporkan terhempas selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.


Pesawat Airbus A321 #7K9268 Rusia bawa 217 penumpang, 7 anak kapal Terhempas
Memetik laporan agensi berita Rusia, RIA, berkata pesawat jenis jet Airbus A321 yang membawa 217 penumpang dan 7 anak kapal tersebut telah terputus hubungan dengan menara kawalan selepas 23 minit selepas berlepas dari takling el-Sheikh.

Pejabat Perdana Menteri Mesir telah mengesahkan pesawat penumpang yang dikendalikan oleh Russian Kogalymavia berkenaan telah terhempas di tengah Sinai.


Bagaimanapun terdapat beberapa laporan yang bercanggah mengenai nasib pesawat itu, ada yang mendakwa ia telah terhempas di Cyprus.

Memetik laporan itu juga menyatakan kebanyakkan penumpang di dalam pesawat adalah daripada pelancong Rusia.



Pesawat itu dikendalikan oleh syarikat penerbangan Russia Kogalymavia dan juga dikenali sebagai MetroJet.

Bagaimanapun nasib kesemua penumpang dan anak kapal masih belum diketahui.

Saksikan video simulasi di bawah ini:



No comments