Terkini

Polis akan panggil penganjur himpunan ‘Selamatkan Selangor’ untuk siasatan

Kuala Lumpur – Polis akan memanggil dalam masa terdekat penganjur Himpunan Selamatkan Selangor yang diadakan hari ini di bangunan UMNO Bahagian Ampang untuk siasatan.


Himpunan ‘Selamatkan Selangor’
Polis akan panggil penganjur Himpunan ‘Selamatkan Selangor’
Ketua Polis Daerah Ampang ACP Khairuldin Saad berkata pihaknya sebelum ini menjangkakan perhimpunan itu berlangsung di perkarangan sebuah pusat beli-belah di Ampang, namun peserta sebaliknya berkumpul di perkarangan bangunan UMNO berkenaan.

“Polis akan siasat dari setiap aspek dan kita telah buka kertas siasatan di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Penganjuran perhimpunan itu dikatakan tidak mendapat kebenaran polis atau Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan menyertai perhimpunan aman itu bagi menggesa kerajaan negeri mengotakan janji pilihan raya untuk membina rumah mampu milik, lapor Bernama.


No comments