Polis Daerah Kulim Tahan Lelaki Disyaki Aktif Mencuri Lembu

KULIM – Polis Daerah Kulim dengan bantuan orang ramai telah menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri lembu di Kampung Batu Sarang Ayam, Sungai Seluang, Lunas, di sini petang kelmarin.


Polis Daerah Kulim Tahan Lelaki Disyaki Aktif Mencuri Lembu
Polis Daerah Kulim Tahan Lelaki Disyaki Aktif Mencuri Lembu
Ketua Polis Daerah, Supt Abdullah Arshad berkata, kejadian berlaku pada 1.30 tengah hari apabila pemilik ternakan berusia 54 tahun itu terserempak dengan empat lelaki cuba mencuri seekor lembunya.

“Salah seorang daripada empat lelaki itu dilihat menyumpit seekor lembu menyebabkan haiwan peliharaannya itu lemah dan rebah, sebelum mereka memasukkannya ke dalam sebuah kereta untuk dibawa lari,” katanya semalam.


Kegiatan keempat-empat lelaki itu disedari oleh pemilik lembu yang bertindak mengejar kereta membawa lembu curi itu itu bersama-sama rakannya sehingga menyebabkan kereta itu terbabas di semak berhampiran, katanya.

Beliau berkata, tiga daripada empat lelaki di dalam kereta itu bertindak melarikan diri dan meninggalkan pemandu kereta dipercayai berusia 20-an yang mengalami kecederaan selepas kereta dipandunya terbabas.

Lelaki yang cedera itu katanya, telah ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa yang bertindak menghantarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan terhadap kecederaan dialaminya itu.

Polis menurut Abdullah masih menyiasat kes itu. – BERNAMA


No comments