Terkini

Polis Sabah Masih Siasat Kesahihan Laporan Bangkai #MH370 Ditemui

KOTA KINABALU – Polis Sabah masih lagi menyiasat kesahihan kandungan laporan polis berhubung penemuan bangkai sebuah pesawat kononnya MH370 di sebuah pulau di selatan Filipina.


Polis Sabah Masih Siasat Kesahihan Laporan Bangkai #MH370 Ditemui
Polis Sabah Masih Siasat Kesahihan Laporan Bangkai #MH370 Ditemui
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya akan memanggil seorang lelaki yang membuat laporan tersebut di Balai Polis Sandakan bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut lagi.

“Pihak Cawangan Khas akan menyoal pengadu untuk mendapatkan butiran terperinci. Setakat ini, polis Sabah belum dapat memastikan kesahihan maklumat dalam laporan itu,” katanya menerusi kenyataan media di sini, malam Sabtu.


Jalaluddin menjelaskan, seorang lelaki yang bernama Jamil Omar telah membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa ibu saudaranya menemui satu bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di selatan Filipina.

“Ibu saudara Jamil itu mendakwa dalam pesawat berkenaan terdapat banyak rangka manusia selain dia juga menjumpai sehelai bendera Malaysia yang berukuran 70 inci panjang dan 35 inci lebar,” kata beliau.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman
Bagaimanapun, Jalaluddin memberitahu, pihak polis masih belum lagi dapat memastikan kepastian sama ada laporan yang mereka terima itu sebagai memang adalah benar ataupun mungkin sekadar maklumat palsu.

Dalam laporan berkenaan, lelaki berusia 40-an itu mendakwa ibu saudaranya yang berasal dari Tawi-Tawi itu menemui bangkai pesawat berkenaan yang dipercayai MH370 di pulau tersebut pada awal September lepas.

Sementara itu laporan lain pula menyatakan, lelaki yang bekerja sebagai juruteknik audio visual itu berkata dia, anak saudaranya serta beberapa yang lain sedang memburu burung ketika mereka menjumpai bangkai tersebut.

Laporan Polis Bangkai #MH370 Ditemui
 Laporan Polis Bangkai #MH370 Ditemui
Akhbar The Star melaporkan, mereka kemudian mendekati bangkai itu sebelum menjumpai rangka manusia, malah turut menemui rangka di bahagian tempat duduk juruterbang yang masih lagi memakai tali pinggang.

Pesawat MH370 milik MAB itu dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lalu ketika melakukan penerbangan dari KLIA Sepang ke Beijing, China dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.- Agensi


No comments