Terkini

Rakaman CCTV Aksi Perogol, Cetuskan Kebimbangan Orang Ramai

Sebuah rakaman kamera litar tutup yang menunjukkan aksi seorang perogol membawa seorang mangsa ke kawasan terpencil di Leeds, England mula tersebar di media sosial mula membimbangkan orang ramai.


Rakaman CCTV Aksi Perogol
Rakaman CCTV Aksi Perogol, Cetuskan Kebimbangan Orang Ramai
Memetik laporan Metro.UK, rakaman CCTV itu memaparkan perogol sedang membawa seorang wanita dari sebuah stesen teksi sebelum bertindak dengan menyerang mangsa.

Berdasarkan rakaman tersebut, suspek digambarkan sebagai seorang lelaki berkulit hitam, berusia antara 30 hingga 40 tahun, rambutnya dicukur serta berpakaian kemas.


Serangan itu berlaku pada awal pagi ketika mangsa sedang menunggu teksi untuk balik ke rumah pada 14 Ogos lalu.

Pihak polis berkata, berdasarkan beberapa rakaman CCTV di sekitar kawasan pada malam itu, mereka percaya bahawa lelaki berkenaan sedang mencari mangsa untuk ‘diserang’.

Laporan itu turut memetik kenyataan polis yang mengesahkan rakaman CCTV berkenaan menunjukkan suspek itu berkeliaran di sekitar Leeds sebelum menyerang mangsa berkenaan pada jam 4.45 pagi.

Polis berkata mangsa yang berusia 24 tahun itu telah memberi kebenaran untuk menyebarkan rakaman itu di media sosial dengan harapan ia akan membantu siasatan dalam usaha untuk menangkap suspek tersebut.

’Rakaman aksi itu dengan jelas tidak sesuai untuk tontonan umum kerana ia amat mengganggu dan membimbangkan.

“Kami telah mempertimbangkan keadaan dan mengambil keputusan untuk menyebarkan rakaman itu dengan persetujuan mangsa yang inginkan keadilan.

“Perbuatan suspek itu sungguh membimbangkan dan kita perlu mengenal pasti dan menangkapnya dengan secepat mungkin,” kata superintenden polis West Yorkshire, Pat Twiggs.



No comments