Rani Kulup pertahankan tindakan pemilik Range Rover tampar Bangla

Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup tampil menyokong dan mempertahankan tindakan pemilik Range Rover yang dirakam memukul pekerja cuci kenderaan warga Bangladesh di Subang Perdana, Selangor baru-baru ini ekoran dikatakan bersikap kurang ajar dan mengotori kenderaannya.


Rani Kulup pertahankan tindakan pemilik Range Rover tampar Bangla
Sebaliknya, ‘Raja Report Malaysia’ ini menyifatkan bahawa pekerja bekenaan dan pemilik pusat cuci kenderaan itu yang sepatutnya dipersalahkan dalam insiden ini.

Memetik laporan FMT, Rani yang menggelarkan dirinya Ayah berkata, pemilik pusat cuci kenderaan itu juga harus dipersalahkan kerana selaku majikan dia tidak pandai menjaga dan melatih pekerja asingnya supaya menghormati pelanggan.

“Nasib baik dia pukul , kalau saya, mungkin saya suruh pekerja berguling atas padang,”


“Kepada pengurus-pengurus pusat cuci kenderaan, anda patut melatih, mendisiplinkan pekerja-pekerja anda supaya bersopan kepada pelanggan-pelanggan sebab kita lihat di stesyen pam minyak pekerja asing warga Bangladesh sungguh sopan… hati pelanggan sejuk,” katanya.

Baca: Video: Pelanggan Berlagak Tampar dan Ugut Pencuci Kereta Bangla

Rani membuat laporan polis berhubung kes pukul pekerja Bangladesh itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Selasa.

Pada masa yang sama, Rani turut menyentuh mengenai masalah pekerja asing bersikap biadab yang sering dilihat di kedai makan dan restoran hingga menyebabkan ramai pelanggan marah.

“Bukan salah pelanggan, pekerja yang salah dan pengurus yang tak tahu mengurus pekerja sehingga mereka biadap kepada pelanggan,” tambahnya lagi.


No comments