Header Ads

  • Terkini

    Rayuan ditolak perogol bersiri ‘Rambo Bentong’ dihukum gantung sampai mati

    Perogol bersiri yang dikenali sebagai ‘Rambo Bentong’ hari ini gagal mengetepikan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, enam tahun lepas.


    Rayuan gantung sampai mati Perogol Bersiri ‘Rambo Bentong’ ditolak
    Rayuan gantung sampai mati Perogol Bersiri ‘Rambo Bentong’ ditolak
    Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Aziah Ali yang mengetuai panel tiga hakim, sebulat suara menolak rayuan Rabidin Satir, 45, terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Tinggi Temerloh, 6 Ogos tahun lepas selepas didapati bersalah membunuh gadis itu. Baca: Rambo Bentong Dijatuhi Hukuman Mati, Bunuh Remaja 17 Tahun


    “Selepas kami mempertimbangkan hujahan, mahkamah tidak bersetuju dengan alasan peguam perayu (Rabidin). Kami berpendapat sabitan oleh Mahkamah Tinggi adalah selamat, dengan itu rayuan ditolak, sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi disahkan,” kata Hakim Aziah yang bersidang bersama Hakim-hakim Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham.

    Baca: Jenayah Rogol, Seks Luar Tabii, Bunuh: Rambo Bentong Diarah Membela Diri

    Terdahulu peguam Suzanawati Ismail berhujah bahawa sabitan itu tidak selamat kerana ahli kimia yang memberi keterangannya di mahkamah hanya bersandarkan kepada laporan DNA yang dianalisis oleh pegawai kimia lain selepas kejadian itu dan dia (ahli kimia) tidak menjalankan analisisnya sendiri ke atas barang kes yang dijumpai di tempat kejadian.

    Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi berhujah bahawa sabitan itu adalah selamat kerana laporan DNA itu mendapati profil DNA perayu berpadanan dengan cecair yang terdapat di dalam kemaluan mangsa dan beberapa barang kes lain, lapor Bernama.


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad