Remaja disyaki bunuh Intan Suraya Mawardi ditahan direman 7 hari

BAYAN LEPAS – Seorang lelaki berusia 20-an ditahan reman selama 7 hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh seorang remaja perempuan, Intan Suraya Mawardi.


Remaja disyaki bunuh Intan Suraya Mawardi ditahan direman 7 hari
Remaja disyaki bunuh Intan Suraya Mawardi ditahan direman 7 hari
Dia sebelum ini ditahan awal pagi tadi selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh pelajar perempuan tingkatan lima di rumah mangsa di Flat Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi.

Suspek berusia 20 tahun ditahan di kawasan Bayan Lepas dan polis turut menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.

Baca: Gempar, Remaja perempuan 17 tahun dibunuh kejam di Teluk Kumbar

Teluk Kumbar: Mayat seorang pelajar perempuan tingkatan 5 ditemui dengan kesan kelar di leher di rumah pangsa keluarganya di Bandar Baru Teluk Kumbar, dekat George Town malam tadi.


Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya yang pulang ke rumah pada kira-kira 7.30 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Siti Nor Salawati Saad berkata semasa bapa mangsa yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu pulang ke rumah mereka, beliau memanggil anaknya itu, namun tidak disahut.

Intan Suraya Mawardi
Intan Suraya Mawardi - Mangsa Pembunuhan Kejam
Katanya, bapa mangsa terus ke bilik anak sulungnya itu dan didapati mangsa dalam keadaan berselimut di atas katil dan selepas menyelak selimut berkenaan, beliau mendapati anaknya itu sudah tidak bernyawa.

“Mangsa masih lengkap berpakaian dan kita percaya ada kesan pergelutan berdasarkan keadaan bilik berkenaan. Polis masih menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian dekat George Town malam tadi.

Siti Nor Salawati berkata polis turut menjumpai bantal peluk yang terdapat kesan darah di ruang tamu rumah berkenaan.

“Siasatan juga mendapati tiada kesan pecah pada mana-mana pintu atau tingkap rumah dan tiada sebarang senjata ditemui dalam bilik mangsa atau rumah berkenaan,” katanya.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 20-an dipercayai teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan dan menjumpai 2 bilah pisau dipercayai dibuang bersama telefon bimbit kepunyaan mangsa di Bayan Lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman hari ini, katanya.

Sementara itu, seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata kali terakhir mangsa berhubung dengan ibu bapanya ialah menerusi khidmat pesanan ringkas pada kira-kira 12.00 tengah hari, meminta supaya dihantarkan makanan. – Bernama


No comments