Terkini

Rokok elektronik (Vape) mungkin Dilarang dalam bagasi Penerbangan

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sedang membuat siasatan terperinci mengenai kejadian rokok elektronik yang terbakar dalam pesawat Malindo Air OD1003 pada Sabtu lalu.


Rokok elektronik (Vape)
Rokok elektronik (Vape) mungkin Dilarang dalam bagasi Penerbangan
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, berkata pihaknya memandang serius kejadian itu.

Berdasarkan kepada “Technical Instructions for the Safe Transport of Dangerous Goods by Air” (ICAO Doc 9284) yang dikeluarkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), penumpang dan kru penerbangan dilarang daripada membawa ‘battery powered portable electronic smoking devices’, termasuk rokok elektronik, dalam bagasi daftar masuk.


Beliau berkata, penumpang dan kru juga dilarang mengecas peralatan berkenaan di dalam kabin penerbangan.

“Bateri hendaklah dipisahkan daripada ‘battery-powered portable electronic smoking devices’ dan bateri itu hendaklah disimpan dalam bekas penyimpanan yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Katanya, larangan berkenaan hendaklah dipatuhi oleh syarikat penerbangan, kru dan penumpang supaya insiden itu tidak berulang pada masa depan, lapor BH Online.


No comments