“Saya bukan jenis manusia yang sewenang²nya menampar orang” - Emma

SEMINGGU lalu insiden Emma Maembong menampar Kamal Adli menjadi viral. Rentetan itu ramai yang tertanya-tanya apakah hubungan istimewa mereka sudah berakhir.


Emma tampar Kamal Adli
“Saya bukanlah jenis manusia yang sewenang-wenangnya menampar orang” - Emma
Bagaimanapun semua itu hanya sebahagian gimik iklan produk minuman berperisa kola, Est Cola di bawah jenama F&N Beverages Marketing Sdn Bhd. Emma dan Kamal ditemui BH Online di Sri Pentas ketika majlis pelancaran produk berkenaan dilancarkan.

Baca: “Ya, memang saya tampar Kamal, tapi saya tak boleh jelaskan” - Emma


Kamal berkata, idea untuk menjadikan sebahagian sedutan iklan membabitkan adegan menampar itu sebagai gimik adalah idea daripada pihak produksi dan Est Cola. “Pihak produksi dan Est Cola terlebih dulu minta izin saya dan Emma sebelum ia diviralkan. Pada mulanya saya sendiri berbelah bagi dengan hal ini tetapi selepas berbincang dengan Emma, kami sepakat bersetuju.

“Biar sedar kemungkinan yang terjadi lebih condong kepada negatif, tapi mengenangkan ia sekadar promosi produk itu, maka kami anggap ia hanya kerja. Hakikatnya memang kesan iklan itu negatif terutama kepada Emma apabila ramai yang marahkan dia menampar saya. “Tapi secara ironinya, ia menjadi promosi yang secara tak langsung mengetengahkan jenama Est Cola. Saya kira ia berjaya dalam memperkenalkan produk itu,” katanya.

Emma pula berkata, sejak memberi izin sedutan iklan itu diviralkan, Emma sedar kemungkinan kesannya lebih kepada negatif. “Tapi baik saya dan Kamal, ..kami sudah sedia dengan apa juga kesannya. Tapi saya bukanlah jenis manusia yang sewenang-wenangnya akan menampar orang.

Memang gara-gara iklan itu, saya terus ditanya apa sebenarnya yang terjadi antara kami berdua. Laman sosial saya dipenuhi dengan persoalan dan kritikan. “Tapi sebenarnya sedutan video itu hanya gimik. Jangan fikir bukan-bukan pula. Ia sekadar promosi Est Cola,” kata Emma.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Jenama F&N Beverages, Jenny Wong menyifatkan pemilihan Emma dan Kamal sebagai duta kempen produk cukup tepat dengan populariti mereka ketika ini.


No comments