Sebab Siti Nurhaliza diiktiraf di antara Muslim paling berpengaruh dunia

Baru baru ini, nama Dato’ Siti Nurhaliza telah tersenarai dalam majalah tahunan The World’s 500 Most Influential Muslim untuk edisi tahun 2016 yang menjadikan beliau merupakan artis wanita pertama dalam senarai tersebut yang mula dikeluarkan pada tahun 2009.


Dato’ Siti Nurhaliza
Dato’ Siti Nurhaliza telah tersenarai dalam majalah tahunan The World’s 500 Most Influential Muslim untuk edisi tahun 2016
Bercakap kepada Harian Metro, Siti Nurhaliza meluahkan rasa bersyukur dan terkejut dengan penghargaan itu namun tidak merancang untuk membuat apa apa majlis kesyukuran ekoran berita baik ini.


“Alhamdulillah, saya mendapat tahu mengenai perkara ini menerusi artikel dari media sosial dan ada peminat yang kongsikan hal ini. Terima kasih banyak-banyak atas penghargaan ini dan semoga saya istiqamah dan mampu menyumbangkan sesuatu kepada agama, bangsa dan negara,” ujarnya.

Dato’ Siti Nurhaliza
Dato’ Siti Nurhaliza
Selain Siti Nurhaliza, penyanyi Hafiz Hamidun dan kumpulan nasyid Raihan juga pernah menerima penghargaan yang sama.


No comments