“Seksi Dan Menggoda Itu Tidak Semestinya Jalang” – Fara Mendoza

Hanya mengalami kecederaan dalaman apabila terlibat dengan kemalangan baru-baru ini, Fara Mendoza melalui URTV telah meluahkan isi hatinya tentang persepsi orang ramai terhadapnya.


Fara Mendoza
“Seksi Dan Menggoda Itu Tidak Semestinya Jalang” – Fara Mendoza
Fara Mendoza terlibat Kemalangan, Hanya Cedera Ringan

Memetik dari blog hiburan Beautifulnara admin menulis:

Secara jujur, Abang Nara juga mempunyai tanggapan yang kurang elok tentang Fara Mendoza. Iyerlah, baju pun pakai baju adik, selalu pergi kelab malam dan macam-macam lagilah. Sedikit sebanyak apa yang dikongsikan oleh Fara menerusi laman sosialnya mempengaruhi persepsi orang ramai.


Ikuti luahan hati Fara Mendoza di bawah ini:-

Kepada pihak luar sana yang masih memandang negatif terhadap saya, henti-hentikanlah Cukup-cukuplah buat spekulasi dan tuduhan yang bukan-bukan tentang saya. Kalaulah yang menuduh itu mengenali saya secara dekat, barulah mereka tahu siapa diri saya sebenarnya.

Saya tahu saya bukannya baik sangat. Ada yang menilai saya secara luaran melalui penampilan saya. Jangan ingat apabila saya berpakaian seksi itu saya murah. Jangan fikir apabila kontroversi melanda saya, itu bermakna saya gilakan publisiti murahan.

Fara Mendoza - URTV
Fara Mendoza - URTV
Paling penting, jangan hanya kerana saya digosip dengan mana-mana lelaki dan sering ke kelab dulu menunjukkan saya ini murah. Saya bukanlah wanita jalang!.

Seksi dan menggoda itu tidak semestinya jalang atau murah. Jangan hanya sekadar memandang luaran. Kenal dulu hati budi barulah menilai.

Saya juga sudah tidak ke kelab malam kerana banyak perkara buruk boleh berlaku apabila ke tempat itu. Saya tidak menyalahkan kelab malam atau mereka yang berkunjung ke sana, tetapi saya sendiri rasa sudah tidak sesuai untuk ke sana lagi.


No comments