Terkini

Sekumpulan lelaki mengamuk, Belasah 4 Pelanggan di Pusat Hiburan

Georgetown: Sekumpulan lelaki mengamuk dan membelasah empat pelanggan di pusat hiburan di Times Square, di sini, pagi semalam.


Mangsa cedera dibelasah
Mangsa cedera dibelasah menerima rawatan
Dalam kejadian 5 pagi itu, kumpulan lelaki terbabit bersenjatakan pisau dan botol menyerang semua mangsa yang ketika itu berada dalam bilik di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kerana salah faham selepas seorang daripada mangsa didakwa memarahi ahli kumpulan berkenaan sebelum itu.


“Seorang mangsa terpaksa menjalani pembedahan di kepala dan tangan akibat dipukul botol serta ditoreh pisau.

“Kita sudah mengenal pasti suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.-HM


No comments