Siak masjid mengamuk, menetak penagih dadah yang membelasahnya

Seorang siak masjid yang dibelasah dua penagih dadah bertindak mengamuk dan menetak seorang daripada suspek yang memukulnya.


Lokasi kejadian mangsa dan dua suspek lelaki bergaduh sebelum seorang suspek ditetak
Lokasi kejadian mangsa dan dua suspek lelaki bergaduh sebelum seorang suspek ditetak
Dalam kejadian jam 11.30 pagi kelmarin, mangsa berusia 40 tahun itu diserang ketika berada di masjid Kampung Cheras Baru di sini.

Seorang saksi yang enggan namanya didedahkan berkata, mangsa didatangi dua lelaki menunggang motosikal yang memarahi mangsa kerana tidak membenarkan mereka memasuki kawasan pekarangan masjid pada malam sebelum kejadian.


Saksi berusia 52 tahun itu memberitahu, siak terbabit sebelum ini memarahi dua lelaki berusia 40-an kerana cuba memasuki kawasan masjid pada jam 11 malam kerana kawasan pekarangan masjid ditutup pada waktu itu.

“Tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa, suspek muncul semula pagi semalam (kelmarin) sebelum memukul mangsa. - MyMetro



No comments