SKMM siasat penyebaran berita palsu yang babitkan Apandi dan Zeti

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat penyebaran kenyataan palsu membabitkan Ketua Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali terhadap Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang dikatakan dimuat naik dalam sebuah portal berita tempatan.


Apandi dan Zeti
SKMM siasat penyebaran berita palsu yang babitkan Apandi dan Zeti
Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin menegaskan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Menurut Zulkarnain, mereka yang melakukan kesalahan berkenaan boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


“Jangan sesekali menyebarkan berita-berita yang tidak dipastikan kesahihannya. Ini kerana tindakan sedemikian boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini.

“SKMM ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh atau mempercayai kandungan serta paparan dalam media sosial,” katanya dalam catatan di laman Facebook SKMM tanpa merujuk kepada mana-mana kenyataan khusus.

Sambil berkata mereka perlu terlebih dahulu menyemak berita-berita berkenaan dengan sumber yang betul, beliau menegaskan bahawa SKMM memandang serius penyebaran berita palsu di media sosial, lapor Bernama.


No comments