Terkini

Suami Materialistik, Tergamak ‘Sewakan’ Isteri Kepada 2,742 Lelaki

Paris – Demi meraih wang pendapatan yang lumayan, seorang lelaki ini tergamak bertindak menyewakan isterinya kepada 2,742 orang pelanggan yang berurus niaga dengannya melalui internet semenjak 4 tahun lalu.


Suami rakus tergamak ‘sewakan’ isteri kepada 2,700 lelaki
Lelaki yang berusia 54 tahun itu dikatakan meraih pendapatan sebanyak lebih RM23 ribu sebulan dengan hanya melacurkan isterinya yang berusia 46 tahun.

Perniagaan yang mendatangkan hasil lumayan kepada lelaki terbabit dijalankan di rumahnya yang terletak di pinggir bandar di Meaux, Paris.

Dia tinggal di rumah itu bersama-sama isterinya dan anak mereka yang berusia 5 tahun.

Sementara isterinya ‘diratah’ oleh pelanggan di dalam rumah mereka, lelaki tersebut bersama anaknya akan duduk dan tunggu di dalam kereta mereka di luar.


Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka telah ditangkap minggu lalu namun hanya lelaki berkenaan dikenakan hukuman kerana pihak pendakwaraya percaya isterinya hanyalah mangsa eksploitasi lelaki rakus itu.

Emmanual Dupic dari pihak pendakwaan berkata, ” Si suami telah mengenakan kuasa psikologi terhadap isterinya daripada berhenti daripada memberikan layanan seks kepada pelanggannya.”

Walaupun bidang pelacuran sah di sisi undang-undang di Perancis namun pemerdagangan manusia tidak diterima sama sekali.

Kini, lelaki tersebut berhadapan dengan perbicaraan mengenai jenayahnya dan boleh dikenakan penjara selama 10 tahun tetapi dibebaskan dengan ikat jamin.


No comments