Terkini


Sudah-sudah la Baju Merah, Apa yang korang nak buktikan di Pulau Pinang?

Sudah-sudah la Baju Merah, Apa yang korang nak buktikan di Pulau Pinang?. Polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menganjurkan perhimpunan Himpunan Merah Pulau Pinang yang didakwa akan diadakan di perkarangan Komtar, di sini pada Jumaat, 2 Oktober 2015.


Himpunan Baju Merah di Kuala Lumpur
Himpunan Baju Merah di Kuala Lumpur - Gambar TheMalaysianInsider
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata setakat ini pihaknya tidak dimaklumkan berhubung perhimpunan berkenaan.


"Tiada pihak yang memohon permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan dan saya beri amaran kepada orang ramai agar tidak menghadirinya. Pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya jika perhimpunan itu diteruskan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Poster mengenai Himpunan Merah Pulau Pinang itu tersebar di beberapa blog dan laman sosial Facebook hari ini dan mendakwa ia bertujuan mendesak kerajaan negeri menarik balik larangan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang.

Perhimpunan itu dirancang diadakan esok di Komtar selepas solat Jumaat, bagaimanapun tiada pihak yang mengaku menganjurkannya. - Awani News.


No comments