Terkini

Sultan Selangor tarik balik gelaran ‘Datuk Seri’ daripada Khir Toyo

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ daripada bekas Menteri Besar Dr Mohammad Khir Toyo.


 Khir Toyo
Sultan Selangor tarik balik gelaran ‘Datuk Seri’ daripada Khir Toyo
Setiausaha kerajaan negeri merangkap pendaftar kerajaan negeri Selangor Datuk Khusrin Munawi berkata, perkara itu diputuskan setelah perundingan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dengan Dewan di-Raja Selangor.

“Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama pada 2001 kepada Dr Khir ditarik balik berkuatkuasa 30 September 2015,” katanya dalam satu kenyataan media.


Tindakan itu susulan hukuman penjara 12 bulan yang dikenakan kepadanya selepas disabitkan bersalah kerana menyalahgunakan kuasa pada 2007.

Sebelum ini, pada Januari 2011, gelarannya itu digantung selepas didakwa pada 6 Disember, 2010 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan menerima rasuah dalam bentuk dua plot tanah di Seksyen 7, Shah Alam.


No comments