“Tak terasa gurauan Nabil, kami bergurau lagi kasar” – Caliph Buskers

“Tak terasa gurauan Nabil, kami bergurau lagi kasar”. ITULAH pengakuan jujur dari Caliph Buskers, mengulas isu gurau kasar Nabil Ahmad, dalam satu rancangan televisyen baru-baru ini.


“Tak terasa gurauan Nabil, kami bergurau lagi kasar” – Caliph Buskers
“Jujurnya, sedikit pun kami tak terasa dengan gurauan Nabil itu. Kami mengikuti program itu dan lawak dia memang menghiburkan.

Apatah lagi setiap minggu kami berjumpa dengan Nabil di program Meletop dan kami sangat mengenali dia yang suka bergurau secara kasar,” kata mereka pada mStar Online.


Terdahulu, netizen mengecam tindakan Nabil yang bergurau melebihi batas sehingga terlupa bahawa kumpulan Caliph Busker itu golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Bagaimanapun Nabil telah meminta maaf dan tidak mahu perkara itu diperbesarkan lagi.

“Ahli-ahli Caliph Buskers yang lain pun seronok dengan gurau dia kerana kebanyakan orang melayan kami terlalu baik disebabkan kekurangan kami. Memang dari dulu masyarakat begitu prihatin terhadap sensitiviti golongan OKU. Kami bersyukur dengan perkara itu.

“Tetapi kalau anda semua mahu tahu, kami lebih suka dilayan seperti orang biasa. Kami suka bergurau, malah lebih kasar dari Nabil lagi,” jelas Azmi, vokalis Caliph Buskers.


No comments