Top Ad unit 728 × 90

recent

Taktik tawar khidmat seks melalui WeChat dibongkar di Kuala Terengganu

Kuala Terengganu – Taktik sekumpulan pondan menawarkan khidmat seks menggunakan aplikasi media sosial, WeChat untuk mencari pelanggan terbongkar selepas tiga pondan warga asing diberkas dalam serbuan di sebuah hotel dan rumah di sekitar bandar raya ini, malam kelmarin.


Seks WeChat
Taktik tawar khidmat seks melalui WeChat dibongkar di Kuala Terengganu
Serbuan yang bermula seawal jam 9 malam oleh enam anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Terengganu itu melibatkan sebuah hotel bertaraf tiga bintang dan sebuah rumah sewa di sekitar bandar raya di sini.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri, Ahmad Salihin Salleh berkata, sebelum serbuan di hotel tersebut dilakukan, pihaknya telah memasang perangkap menyamar menjadi pelanggan mereka dengan berhubung melalui WeChat.

“Beberapa hari sebelum serbuan, dua kakitangan kita telah berhubung dengan mereka kononnya untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan sebelum sama-sama bersetuju berjumpa di hotel tersebut.

“Mereka telah menyewa dua buah bilik berasingan dan bersetuju untuk menerima khidmat ditawarkan dengan bayaran RM150 untuk sekali perkhidmatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ahmad Salihin berkata, semasa serbuan dilakukan di dua buah bilik berasingan, kedua-dua pondan warga Filipina itu baru hendak memulakan khidmatnya dengan membawa pelbagai alatan dipercayai untuk melakukan seks.

“Ini termasuklah pelbagai jenis kondom, minyak pelincir bagi melakukan seks dan pelbagai lagi peralatan yang dipercayai bagi melakukan seks yang diletakkan di dalam sebuah beg pakaian,” katanya.


Jelasnya, siasatan awal mendapati kumpulan pondan warga asing itu bergerak secara ‘solo’ untuk menjalankan urusniaga tidak bermoral itu, dan hanya menetap dalam tempoh tidak lebih seminggu bagi setiap negeri.

“Mereka menggunakan taktik itu semata-mata hendak mengelak aktiviti mereka dihidu, selain menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke dalam negara ini bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Salihin berkata, dalam operasi yang berakhir kira-kira jam 12 tengah malam itu, pihaknya turut membuat serbuan di sebuah rumah sewa di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini, selepas menerima maklumat awam berhubung aktiviti tidak sihat ini.

“Semasa serbuan dilakukan, terdapat empat individu di dalam rumah berkenaan termasuklah seorang pondan warga Thailand yang dipercayai sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Ini terbukti apabila kita menemui pelbagai alatan untuk melakukan seks termasuklah kondom yang belum digunakan, beberapa pelincir dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga pondan yang ditahan akan didakwa mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar pas, permit atau pas sempadan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Kesemua mereka telah ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut, lapor Sinar Harian.


Taktik tawar khidmat seks melalui WeChat dibongkar di Kuala Terengganu Reviewed by Adam Hakimie on October 22, 2015 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.