Terkini

Terima 6 Jahitan, Anggota Polis Diketuk di Kepala dengan Botol Arak

Ipoh – Seorang anggota polis cedera di kepala dan terpaksa menerima enam jahitan akibat diketuk dengan botol arak oleh seorang penyamun ketika mangsa cuba menahan suspek yang menyamun sebuah kedai runcit di Kampung Simee, di sini, petang kelmarin.


Anggota polis diketuk dengan botol arak
Anggota polis diketuk dengan botol arak
Dalam kejadian jam 6 petang, mangsa, Koperal Madarsa Hussain, 51, diserang seorang lelaki yang bersenjatakan pisau di hadapan kedai runcit berkenaan ketika cuba melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 28 tahun yang bersenjatakan pisau menyamun kedai runcit dengan pemilik kedai terbabit melarikan diri sebelum mendapatkan bantuan, lapor Harian Metro.



No comments