Terkini

Tidak mengetahui bekerja sebagai Pelayan Pelanggan (GRO) berdosa

Tidak mengetahui bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) adalah berdosa antara alasan tidak masuk akal oleh 12 wanita Islam yang ditahan pihak berkuasa agama ketika sedang asyik melayan lelaki sambil dihidangkan pelbagai minuman keras.


Tidak mengetahui bekerja sebagai Pelayan Pelanggan (GRO) berdosa
Tidak mengetahui bekerja sebagai Pelayan Pelanggan (GRO) berdosa
Operasi yang dilakukan kelmarin oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) jam 12 tengah malam menahan 12 wanita yang dipercayai bekerja sebagai GRO termasuk lima pelanggan sebuah pusat hiburan, dekat sini.

Difahamkan, ketika operasi dilakukan, semua mereka sedang asyik melayani pelanggan masing-masing sambil didendangkan dengan muzik rancak sebelum dikejutkan dengan kehadiran pihak berkuasa.


Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, terdapat juga beberapa GRO yang terkejut dengan kehadiran anggota penguat kuasa cuba melarikan diri ke dalam sebuah bilik, namun tindakan itu gagal.

“Antara alasan mereka adalah tidak tahu larangan wanita Islam bekerja sebagai GRO sedangkan itu pengetahuan asas dalam agama. Ia juga difatwakan Jawatankuasa Perundingan Syarak pada 2003, lapor Harian Metro.


No comments